Ozil Mahu Bantu 1,000 Kanak2 Lagi Lepas Taja 219 Orang Pembed4han

0
82

Bintang Arsenal iaitu Mesut Ozil telah mendedahkan bahawa dia telah menanggung kos rawatan seramai 219 kanak-kanak yang menjalani pelbagai pembed4han.

Terbaru, pemain bola berusia 31 tahun itu berjanji bagi menaja 1,000 lagi kanak-kanak lain yang kurang bernasib baik di seluruh dunia menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya.

Ozil berkata, tindakan murni itu dilakukan untuk menunaikan hasrat yang dipendam sejak melangsungkan perkahwinannya pada Jun lalu.

Beliau juga meluahkan penghargaan terima kasih kepada tetamu majlis kahwinnya, para peminat dan pakar perubatan yang memberi sumbangan untuk projek kebajikan yang dilakukan.

“Ini baru permulaan. Ayuh kita tunggu pada 2020 dan membantu ratusan kanak-kanak yang memerlukan,” katanya.

TERDAHULU, Setiap kali menjejak kaki ke dalam rumahnya yang berharga berjuta-juta pound, surat tulisan tangan ibunya yang tergantung di dinding pasti mengingatkan bintang Arsenal, Mesut Ozil.

Puan Gulizar Ozil yang sendiri menggantung surat itu sejurus anaknya menandatangani kontrak mewah bersama Arsenal dari Real Madrid dengan nilai perpindahan £42.5 juta (RM232j) enam tahun lalu.

Ia berbunyi: “Mesut, jangan lupa, anda ada tetamu dalam dunia ini sepertimana kami semua.

“Tuhan menganugerahkan anda bakat tertentu tetapi ia tidak memberikannya kepada anda hanya untuk menjaga diri sendiri.


Ozil pada hari perkahwinannya bersama Amine. FOTO Instagram M10

“Jika tidak berkongsi kemewahan dimiliki dengan orang memerlukan, Ozil bukan anak mak”.

Ia juga menjelaskan mengapa bintang Muslim Gunners yang bergaji £350,000 (RM1.9j) seminggu itu perlu memiliki jihad peribadi untuk membantu orang kelaparan, sakit dan tiada tempat tinggal.

Dalam temu ramah eksklusif ejen Jerman, peguam dan guru, Dr Erkut Sogut, itu membuka mata kehidupan peribadi yang dirahsiakan oleh salah seorang pemain bola sepak terkaya dunia.

Pada hari perkahwinannya bekas Ratu Cantik Turki, Amine Gulse pada musim panas lalu, Ozil berjanji untuk membiayai 1,000 operasi untuk kanak-kanak memerlukan di serata dunia.

“Pada Piala Dunia tahun lalu, dia (Ozil) memberitahu dia mahu melakukannya dengan lebih besar.

Mari kita tukar kehidupan 1,000 kanak-kanak, marilah kita lakukan 1,000 operasi’.

Erkut membalas “Ia akan membuatkan anda perlu mengeluarkan kos sampai berjuta-juta”.

Ozil membalas :‘Jika saya tidak berkongsi wang saya sekarang, bila lagi? Dan dengan siapa?’

“Mesut datang daripada keluarga miskin. Ibunya melakukan dua kerja pembersihan sehari.

Dia faham makna tidak memiliki segala-galanya.

“Erkut, saya meraih pendapatan sangat tinggi, saya tidak dapat menghabiskannya jadi saya boleh membelanjakannya kepada orang lain.”

Ozil mengakui: “Sebagai pemain bola sepak, saya bernasib baik dan mendapat keistimewaan. Saya dan isteri saya akan membiayai 1,000 kanak-kanak memerlukan.”

Malah, antara hadiah perkahwinan diberikan termasuklah memberi makan kepada 100,000 orang tiada tempat tinggal di 16 kem pelarian dan perlindungan di Turki dan Syria.

Sumber : Mesut Ozil / Borak Daily / Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here