Paru2 dah teruk masih menipu, doktor terduduk pesakit tak jujur sah positif Covid-19

0
30


Sejak penularan Covid-19 semakin berleluasa, ada sahaja cerita menjengkelkan keluar di media sosial berkenaan sesetengah individu yang bersikap mementingkan diri apabila menipu dalam pemeriksaan kesihatan.

Hal ini bukan sahaja mengakibatkan petugas kesihatan terpaksa dikuarantin, lebih sedih lagi apabila mereka turut dijangkiti wabak maut tanpa disedari.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dan juga doktor iaitu Dr Ahmand Samhan, dia menceritakan perihal situasi genting yang dihadapi oleh sahabatnya yang terpaksa dikuarantin kerana seorang pesakit tidak mengaku mempunyai kontak rapat dengan mereka yang menyertai jemaah tabligh di Sri Petaling.

Walaupun kondisi lelaki itu begitu teruk apabila paru-parunya di X-ray, namun dia masih berkeras tidak mengakuinya. Sehinggalah dia dimasukkan ke wad pesakit biasa dan dia mengakui mempunyai kontak rapat kepada doktor pakar.

Menerusi doktor itu lagi, sahabatnya terduduk apabila mengetahui hal itu kerana bukan dia sahaja yang terpaksa dikuarantin, malahan hampir lebih 10 orang jururawat dan pesakit yang berada di katil sebelah turut perlu dikuarantin.

 

Kisah yang diceritaham oleh Doktor Ahmad Samhan ini benar-benar merobek hati para pembaca dengan kedegilan dan sikap tidak jujur seorang individu sahaja menyebabkan ramai insan lain mengalami nasib yang sama.

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata wargaent turut mengakui berasa geram dengan sikap memetingkan diri pesakit positif Covid-19 yang diceritakan.

Mereka juga berharap agar barisan frontliner terus bersabar dan sentiasa berhati-hati ketika dalam tugas agar kejadian tidak diingini berlaku walaupun bukan datangnya daripada kita.

Sumber : Dr Ahmad Samhan

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here