Patuh PKP, penduduk kuarters polis baca Yassin sama2 di balkoni rumah sendiri

0
22


Sebelum ini, KDYMM Agong ada menitihkan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk melakukan solat hajat dan bacaan Yassin dirumah masing-masing bagi meminta pertolongan Maha Kuasa untuk menghentikan penularan Covid-19.

Menyahut seruan itu, penduduk kuarters Polis Trafik Kulim telah melakukan bacaan Yassin di balkoni rumah masing-masing secara bersama-sama malam tadi.

Bacaan Yassin itu juga adalah bersempena sambutan Hari Polis yang ke-213 beserta memohon agar penularan Covid-19 dapat dihentikan segera.

Setiap keluarga yang menyertai bacaan Yassin itu dilihat duduk di balkoni rumah masing-masing dan seorang wakil telah mengetuai bacaan tersebut menggunakan pembesar suara.

Walaupun tidak dapat turun ke surau untuk sama-sama membaca surah Yassin seperti selalu, insiatif ini sedikit sebanyak menghilangkan rasa bosan apabila berada dirumah tanpa sebarang aktiviti bersama rakan-rakan.

Ia sekali gus memberikan manfaat dan semoga doa serta ikhtiar dalam menangani Covid-19 ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Sumber : Penduduk Kuarters Polis Trafik Kulim





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here