Pemuda lndia Pertaruh Nasib Jual Nasi Lemak Lepas Dibu4ng Kerja. Sekali Ini Resp0n Wrganet MeIayu

0
45


Seorang pemuda tuIar apabila mencuba nasib berniaga kecil-kecilan demi meraih pendapatan selepas kehiIangan pekerjaan, April lalu.

Mungkin tidak peIik apabila pemuda sebaya dengannya sanggup mengenepikan rasa maIu dengan berniaga di tepi jalan.

Namun apa yang luar biasa adalah pemuda ini berketurunan India dan menjual makanan yang sinonim dengan masyarakat Melayu iaitu nasi lemak !

Kisah mengenai dirinya mula tuIar di Facebook baru-baru ini selepas ia dimuat naik oleh seorang pelayar, Angkayar Kanni dan posting mengenainya meraih lebih 2,500 perkongsian.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, R. Gurubaran berkata dia mula berniaga nasi lemak bermula Mei lalu selepas hampir dua bulan kehiIangan pekerjaan.

” Saya bekerja sebagai pemandu van yang membawa pekerja kilang dan apabila kerajaan laksanakan PKP, syarikat terjejas dan ramai kehilangan kerja.

” Hampir dua bulan tak ada gaji, saya perlu mencari alternatif lain untuk dapatkan sumber pendapatan. Maka timbul idea untuk membuka gerai nasi lemak.

” Idea itu tercetvs kerana pada ketika umat Islam menyambut Ramadan, tak ada yang berniaga sarapan. Nasi lemak ini sinonim dinikmati waktu sarapan, jadi saya ber4nikan diri untuk mencubanya,” kata pemuda yang senang disapa sebaga Guru ini.

Menurut pemuda berusia 24 tahun ini, nasi lemak itu disediakan dengan bantuan ibu dan kakaknya pada setiap pagi.

” Kami bangun seawal pukul 4 pagi untuk menyediakan nasi lemak. Buat masa ini, kami menyediakan antara 40 hingga 50 bungkus nasi lemak setiap pagi.

” Nasi lemak yang dijual hanyalah sambal bilis dan belum ada jenis sambal yang lain.

” Keistimewaan nasi lemak ini adalah dibungkus pan4s-pan4s dengan menggunakan daun pisang untuk menimbulkan aroma wangi,” ceritanya sambil menambah menu itu dijual dengan harga RM1.50 sebungkus.

Nasi lemak disediakan dengan bersih tanpa bahan meragukan

Guru yang merupakan anak jati Rawang, Selangor ini akan berniaga bermula pukul 7 pagi di gerainya yang terletak di tepi Jalan Sungai Dua-Batu Arang.

” Pernah nasi lemak habis selepas hanya sejam dijual. Tapi ada juga hari yang lambat habis, tapi saya akan pulang selewat-lewatnya pukul 9.30 pagi.

” Mungkin ada seorang pelanggan yang pernah bersembang-sembang dengan saya dan menularkannya di Facebook. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang beri sokongan dan komen p0sitif,” ujar anak bongsu daripada empat adik beradik ini.

” Cuma saya nak jelaskan bahawa nasi lemak ini disediakan dengan bersih tanpa bahan meragukan. Malah saya juga pakai sarung tangan dan t0peng muka ketika berniaga,” ujarnya lagi.

Reaksi warganet Melayu

Menurut Guru apa yang lebih menggembirakan adalah pelanggannya terdiri dari pelbagai kaum. Ada Melayu, India dan juga Cina.

Memandangkan nasi lemak begitu sinonim dengan masyarakat Melayu sejak berzaman, tindakan Guru yang berbangsa India berniaga nasi lemak untuk menambah pendapatan mendapat pujian warganet Melayu.

” Selalu tengok masa nak pergi kerja.. sebelah kanan.. semoga dimurahkan rezeki yang luas buat adik ini.” komen Farizan Saidin

” Semoga murah rezeki bro, keep it up and good luck” komen Irfan Kamal disusuli tanda pagar Malaysia

” All the best bro, saya akan beli kalau saya lalu di area situ. semoga anda murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan..” komen Natasha Ramli

Kredit a.kini/videoviralpress





Sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here