Penderma misteri sumbang mesin harga ratusan ribu untuk kesan Covid-19

0
9


Seorang individu berhati mulia menyumbangkan sebuah mesin Real Time Polmerase Chain Reaction (PCR) Detection System berharga RM148,000 untuk kegunaan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu menjalankan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 semalam.

Sumbangan daripada penderma enggan dikenali itu dibuat melalui Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapa’ee, yang menyerahkan peralatan tersebut kepada Pengarah Hospital Sibu, Dr Mohamad Ng Siah Huat.

Dr Annuar berkata sumbangan itu menjadikan pusat itu sekarang dilengkapi dua unit mesin berkenaan dan sekali gus meningkatkan lagi kemampuannya untuk menjalankan ujian pengesanan jangkitan virus di daerah sekitarnya.

Penderma misteri sumbang mesin RM148 ribu untuk kesan COVID-19Seorang individu berhati mulia apabila hari ini…

Posted by Berita Sibu on Thursday, March 26, 2020

“Mesin baharu ini diterbangkan khas dari Kuala Lumpur hari ini dan ia tambahan kepada mesin yang sedia ada di Hospital Sibu. Takut ada breakdown (kerosakan) jadi perlu ada dua unit. Terima kasih kepada hamba Allah yang menderma,” katanya.

Sumber : Bernama , Berita Sibu





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here