Akhirnya Sudah Terjawab, PKP Sambung 4 Minggu lagi hingga 9 Jun 2020

0
2126

Sejak 4 Mei yang lalu, Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) telah mulai dilonggarkan dengan membolehkan sektor ekonomi beroperasi dengan SOP yang ditetapkan.

Namun begitu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat sidang media perutusan Covid-19 dengan memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan sebelum ini dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020.

Diawal ucapan, beliau telah mengucapkan salam Nuzul al-Quran kepada semua. Beliau turut memberitahu bahawa PKPB yang dilaksana sejak 4 Mei berjalan dengan baik.

 

Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada barisan petugas hadapan yang bertungkus-lumus sejak beberapa bulan ini diatas kerja keras mereka mengendalikan Covid-19.

Bagi perayaan khas seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai pula tidak dibenarkan untuk perjalanan pulang ke kampung halaman.

 

“Minta maaf banyak2, saya mohon ampun. Demi untuk menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan,” katanya.

Hal ini kerana masih ada kawasan yang mempunyai zon merah berikutan ada kes baharu dilaporkan. Susulan daripada itu, PM menasihati agar orang ramai terus menjaga kesihatan jika berada di luar rumah.

Tambah beliau lagi, hasil daripada PKPB ini masih belum boleh dinilai dalam masa terdekat dan kita sedang melalui minggu-minggu yang agak kritikal.

Jadi, beliau menasihatkan agar orang ramai terus patuh kepada SOP agar tiada pertambahan kes. Andai kata gagal dalam mengikut arahan, berkemungkinan Perintah kawalan Pergerakkan Diperketat akan dilaksana di kawasan yang dilaporkan mempunyai peningkatan kes positif Covid-19.

 

Dalam teks ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga turut meminta agar kita sama-sama mematuhi SOP bagi mengekang wabak ini dari terus menular.

Beliau mengingatkan orang ramai bahawa kita masih baru diambang kemenangan dan boleh jadi perkara tersebuttidak tercapai jika masih ada yang berdegil dan tidak mahu mengikut arahan yang sudah ditetapkan.

Teks Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Posted by Bernama TV on Saturday, May 9, 2020

Sumber : Muhyiddin Yassin, Bernama

Sumber : Bernama

Sumber : Harian Metro

Source link