Perlawanan bola sepak orang kerdil bersama Indonesia, Malaysia muncul juara

0
22


Buat julung kalinya, rakyat Malaysia dapat menyaksikan satu perlawanan bola sepak yang para pemainnya merupakan orang kerdil yang terdiri daripada dua pasukan, iaitu Malaysia dan Indonesia.

Perlawanan persahabatan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) dan Unit Berkarya Orang Mini Indonesia, menyerlahkan gaya yang hebat permainan pasukan Malaysia.

Malah, perlawanan tersebut menarik perhatian ramai penonton yang teruja melihat pertama kali golongan kerdil dalam satu perlawanan sepak yang melibatkan dua negara.

Menurut penyokong, mereka kagum melihat cara permainan tangkas daripada pemain, cara mereka menggelecek bola ke arah gawang gol dan berlari pantas mengejar bola, ia sangat menakjubkan.

“Saya benar-benar terkejut dengan apa yang saya lihat, ini adalah kali pertama saya menonton orang-orang kerdil bermain bola sepak. Saya tidak pernah terfikir mereka boleh menjadi begitu aktif…”

Bagi Presiden PKOKM, Jasmi Shafie berkata, beliau berhajat mahu berunding dengan pihak Unit Berkarya Orang Mini Indonesia, untuk membawa para pemain dan sukan bola sepak orang kerdil ke peringkat ASEAN.

Beliau berharap, lebih ramai individu kerdil boleh menjadi sebahagian daripada atlet dan diiktiraf sebagai atlet profesional dan dapat boleh mengadakan kejohanan bola sepak di antara negara-negara di mana terdapat kejohanan untuk bahagian ini.

Sumber: BERNAMA





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here