Alhamdulillah.. “Perlis akan membenarkan Solat Jumaat didirikan secara bersyarat” -Mufti Perlis

0
636

Walaupun pelbagai kelonggaran telah diberikan kerajaan ketika ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberitahu akan membincangkan kebenaran untuk solat Jumaat dan solat berjemaah terawih ketika PKP.

Perbincangan ini akan melibatkan kesemua kementerian untuk menentukan prosedur operasi standard (SOP) yang terperinci demi keselamatan umum.

Terbaru, Facebook rasmi Mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin dan juga Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs), berkongsi titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkaitan kebenaran bersyarat solat jumaat di negeri Perlis.

 

Secara ringkasnya, solat jumaat di Perlis ini hanya membabitkan individu-individu dari kalangan pegawai-pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa Masjid sahaja.

Walaupun masih belum lagi dibuka kepada orang awam dan juga rakyat Perlis, ramai yang menzahirkan kegembiraan kerana sekurang-kurangnya masjid ‘dihidupkan’ semula.

Sumber: Facebook.

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here