Pernah ke Indonesia awal bulan, lelaki 35 tahun korban Covid ke-24

0
9


Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu lagi kematian koronavirus baru (Covid-19) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 24 kes setakat ini.

Menurutnya, kes kematian ke-24 (kes ke-1056) itu membabitkan lelaki tempatan berusia 35 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan Mac 2020.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Thursday, March 26, 2020

Mangsa telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020.

Kesihatan mangsa merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

Sumber : Noor Hisham Abdullah





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here