Perut makin membuncit, kanak2 terlantar tahan derita komplikasi pankreas

0
240


Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun telah tular kerana menghidapi penyakit Pseudocyst pankreas atau komplikasi pankreatitis yang sering berlaku pada kanak-kanak berikutan trauma perut.

Muhammad Faris bin Amir Rastam, 9 yang sudah terlantar dihospital sejal 1 Oktober dilihat berada dalam kesakitan sehingga mengakibatkan perutnya kelihatan buncit.

Menerusi perkongsian daripada rakan kepada ibu pesakit menerusi akaun Facebook Deqmiey Abd Malek, adik Faris dilihat terlantar dan terpaksa memakai pampers kerana tidak berdaya untuk bergerak.

 

Assalammualaikum sahabat mukabuku dikasihi sekalian.. Mohon doakan ank kpda shbt saya Mastura mohamad yg skrg berada d…

Posted by Deqmiey Abd Malek on Wednesday, October 9, 2019

Selain itu, ibu adik Faris yang dikenali sebagai Mastura Mohamad telah mengambil cuti tanpa gaji sejak anaknya dimasukkan ke hospital.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan utk melawat adik faris hri ni..Kata shbt sy ptg ni anknya akn menjalani 1…

Posted by Deqmiey Abd Malek on Thursday, October 10, 2019

Oleh sebab itu, seorang pengguna Facebook bernama Nor Aniza telah berasa bertanggunjawab untuk membantu dan cuba menviralkan adik Faris ini agar lebih ramai menghulurkan sumbangan kepadanya.

Dia juga telah menjelaskan secara ringkas kronologi yang dihidapi oleh adik Faris yang disahkan menghidap komplikasi pankreas itu sekitar Ogos lepas.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua sahabat..Mohon jasa baik semua membantu keluarga Pn. Mastura Mohamad dan…

Posted by Nor Aniza on Tuesday, October 15, 2019

 

Jadi, menerusi perkongsian itu, Nur Aniza telah menyertakan sekali nombor akaun bank ibu kanak-kanak tersebut bagi memudahkan orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membeli susu serta pampers untuk anaknya yang terlantar.

Sehubungan dengan muat naik yang telah dibuat, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa kanak-kanak lelaki tersebut. Mereka turut mendoakan agar penyakit Faris lekas sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Sumber : Nor Aniza, Deqmiey Abd Malek

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here