[VIDEO] Polis Siasat Alat Senaman Bergoyang Sendiri di Taman Permainan

0
389

alat senaman bergoyang sendiriSebuah Video yang menunjukkan sebuah alat senaman bergoyang sendiri pada waktu malam di sebuah taman permainan telah tular dan menjadi topik perbincangan hangat di laman media sosial twitter.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah taman permainan di Kanshiram Park, Nandanpura India. Pada mulanya video tersebut telah dirakam oleh seorang netizen dan menjadi viral di media sosial. Video dan perbincangan tersebut sampai kepada pengetahuan pihak polis tempatan

Pada hari Khamis lalu, Ketua Polis bandar tersebut telah tiba di taman tersebut untuk menyiasat bersama beberapa orang anggota polis untuk menyiasat sendiri kejadian tersebut. Alat senaman tersebut adalah Chest Press & Pull-Down Exerciser Combo

Polis telah menyiasat rakaman kamera CCTV yang dipasang di kawasan berdekatan. Adalah dipercayai bahawa seseorang telah membuat kerosakan pada alat senaman tersebut dengan mengikat tali dan menggegarkan ayunan alat senaman tersebut dan menjadikan video itu tular.

Video berdurasi 20 saat tersebut telah menjadi viral di daerah itu. Dalam video tersebut, kelihatan alat senaman tersebut berayun sebdiri di waktu malam. Setelah vidoe terbut tular, pelbagai komen daripada netizen dan orang ramai.

SSP D Pradeep Kumar telah mengarahkan pegawai penyiasat untuk menyiasat kejadian tesebut. Pada malam Khamis lalu, Pegawai Penyiasat  CO City Sangram Singh telah tiba di taman permainan tersebut untuk menyiasat.

Selain daripada mendapatkan maklumat daripada orang ramai, kamera yang terletak berhampiran taman tersebut turut diperiksa oleh pegawai polis tersebut.

Ramai yang teruja dan hairan dengan bagaimana  alat senaman tersebut bergoyang sendiri.berpendapat ini adalah satu aktiviti paranormal.

Pelakon Bollywood Vivek Oberoi turut memberi komen berkata: “Video yang viral ini berlaku di Kanshiram Park, sebenarnya  alat senaman ini akan terus bergerak untuk beberapa waktu sendirian jika anda menggoyangkannya.

Infosebenar/ twitter

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here