Rakaman CCTV Lelaki Bercahaya Sedang Bersolat Tahajjud ?

0
540
lelaki bercahaya

Sebagaimana yang sudah diketahui umum, umat Islam kini berada pada fasa 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

Terdapat malam yang paling utama iaitu malam Lailatulqadar di mana ganjaran pahala ibadah menyamai seribu bulan.

Dalam mengejar ganjaran pahala yang berlipat kali ganda ini umat Islam melakukan pelbagai aktiviti ibadah seperti seperti solat berjemaah, tarawih, berdoa, qiyamullail, tahajud, membaca Al Quran.

Malam tersebut semuanya akan dipertunjukkan oleh Allah taala buat hambaNYA yang terpilih.

Rakaman CCTV Lelaki Bercahaya Sedang Bersolat

Baru-baru ini terdapat satu rakaman cctv di sebuah surau/masjid di ibu kota iaitu Kuala Lumpur, lokasi terperinci tak dikenalpasti.

Rakaman tersebut menunjukkan kelibat seorang lelaki seperti bercahaya terang sedang melakukan ibadah solat, sehingga ada yang mengatakan ia menunjukkan satu keajaiban  Allah Taala.

CCTV lelaki bercahaya solat

Jika seorang hamba itu terpilih oleh Allah SWT, sangatlah beruntung mereka tambahan pula berlaku pada bulan yang mulia ini.

Solat tahajud ni hebat cuma korang pernah dengar tak cerita yang mana orang yang suka solat tahajud di rumah, dia akan bercahaya dan akan dikenali malaikat dan apabila orang tersebut meninggal dunia cahaya tersebut akan naik ke langit dan malaikat akan tahu bahawasanya orang tersebut sudah meninggal dunia.

 

Jadi kesimpulan dia mungkin cahaya tersebut yang menerangi rumah itu adalah cahaya dari orang seperti dlm cctv ini ataupun cahaya dari rumah bagi orang yang sering buat solat tahajud.

Btw kalau ade orang perpendapat bahawa ianya adalah edit ataupun pantulan cahaya sebab baju putih its up to you tiada yang salah.

Pendapat masing2 andai betul Allahuakhbar hebat kuasa Allah bagi orng rajin solat tahajud bercaya orang itu maka jangan ada yang salah faham.

Andai betul jadikan pengajaran dan pedoman buat diri kita untuk menjadi lebih baik sebelum meninggal dunia dan sentisa muhasabah diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOM DAKWAH 🇲🇾 (@jom_dakwah)

Jangn kec4m pendapat masing2 so andai benar bolehlah kita memperbanyakkan solat malam agar kita pun bercahaya di akhirat kelak dan rumah kita diterangi cahaya sehingga malaikat dpt mengenali kita.

Semoga kita semua berada di bawah naungan rahmatNYA.

#Baca ayat ini selepas solat fardhu inshaAllah diizinkan

1) Jika seseorang itu lemah dia akan menjadi kuat

2) Jika dia hina, dia akan menjadi mulia

3) Jika dia seorang yang kalah, maka dia akan segera mendapat pertolongan

4) Jika dia seorang berkesempitan, maka akan dapat kelapangan

5) Jika dia seorang yang berhutang, makan akan segera dapat bayar

6) Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.

7) Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera dapat kelapangan hidup.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”

SUMBER – theklasik