Rakan Arwah Konstabel Norhalim direman 7 hari disyaki tertembak arwah

0
15219
rakan arwah norhalim diteman

SIBU – Tiga orang termasuk seorang anggota polis lelaki akan direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini untuk membantu siasatan kes  tertembak rakan sekerjanya sehingga maut di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9A di sini semalam.

arwah norhalim mati tertembak rakan

Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian tersebut berkata suspek yang berusia 28 tahun itu akan direman untuk membantu siasatan.

arwah Konstabel Norhalim Tumiran bersama Isteri

“Manakala, pihak patologi dari Kuching akan dihantar ke Sibu untuk melakukan bedah siasat sama ada hari ini atau esok sebelum jenazah dihantar pulang ke Pahang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

BACA :Al-Fatihah.. Konstabel polis maut dengan kesan tembakan di kepala di atas sofa

Mangsa, Norhalim Tumiran, 24, dilaporkan maut setelah disyaki terkena tembakan di sebelah kanan kepala dalam kejadian sekitar pukul 7.20 malam itu.

Ketika kejadian, suspek difahamkan sedang bergurau dengan mengacukan pistol sebelum tertekan picu dan melepaskan tembakan ke arah si mati yang sedang bermain permainan video di ruang tamu rumah.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

sumber dan gambar: Kosmo