Ramai Tak Tahu Hukum Ubah Foto Wajah Guna Faceapp – Mufti WP Jelaskan

0
432

 

Penggunaan aplikasi FaceApp pernah menjadi fenomena sebelum ini. Mana tidakanya, rasa seronok pula dapat tukar gambar wajah sendiri menjadi pelbagai rupa.

Kejap boleh ‘perasan’ jadi nampak muda, kejap boleh rasa nampak tua, kadang-kadang nak ‘havoc’ sikit sanggup tukar jantina; lelaki tukar gambar wanita dan sebaliknya.

Pada kita, ianya mungkin sekadar aplikasi hiburan. Hanya suka-suka, tidak bermaksud apa-apa.

Tetapi di sebalik keseronokon ini, pihak mufti telah mengeluarkan satu fatwa yang tegas berkenaan penggunaannya. Mungkin kita terlepas pandang perkara ini.

Mari ikuti pendedahan ini.

Kredit: Google

Menurut sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, penggunaan aplikasi menukar foto wajah seperti FaceApp adalah dilarang. Ia kerana:-

1. Penggunaan aplikasi FaceApp seolah-olah menggalakkan mengubah ciptaan Allah walaupun bukan secara hakikat fizikal.

2. Membendung kecenderungan perbuatan mengubah ciptaan Allah walaupun bukan secara hakikat fizikal.

3. Fungsi aplikasi tersebut yang mampu menukar foto wajah kepada berlainan jantina boleh mengelirukan identiti sebenar. Bahkan foto tersebut mengaibkan diri sendiri sekaligus boleh menjatuhkan maruah.

4. Mengubah kepada wajah tua mahupun muda turut dilarang kerana mempunyai unsur penipuan terhadap fitrah kejadian asal serta memperdayakan manusia terhadap wajah yang tidak menunjukkan keaslian.

5. Meramal wajah tua adalah perkara yang tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana manusia tidak dapat mengetahui kejadian pada masa akan datang.

Nota: penjelasan hukum ini diringkaskan dan disiarkan kembali di laman Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

OH! BARU TAHU | HUKUM MENGUBAH FOTO WAJAH MENGGUNAKAN FACEAPPPenggunaan aplikasi menukar foto wajah (FaceApp) adalah…

Posted by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM on Sunday, December 20, 2020

Sumber: JAKIM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Source link