“Ramai Wanita Mat Salih Cuba Dekati, Tapi Saya Tolak”

0
17

Sering diaju soalan mengenai bilakah hendak menamatkan zaman bujang, pelakon dan ikon fesyen terkenal, Wak Doyok mendedahkan dia tidak mahu terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

BACA : “Takkan Nak Post Gambar Kubur & Batu Nisan” – Wak Doyok

Wak Doyok memberitahu dia kini masih dalam proses mencari pasangan yang sesuai dan mengakui ramai wanita mat salih cuba mendekati dirinya. Wow!

“Buat masa sekarang saya belum ada calon lagi dan mahu fokus pada perniagaan terlebih dahulu. Tak nak terburu-buru untuk kahwin.

“Ramai juga wanita mat salih cuba mendekati saya tapi kita ada batasan. Ibu saya lebih suka wanita melayu, cuma mereka yang tak minat saya.

“Saya tidak mencari tapi kalau jumpa yang okey, jalan saja. Ibu pun ada tolong carikan juga,” – jelas Wak Doyok kepada mStar.

Menurut Wak Doyok, dia mahu bakal isterinya pandai memasak dan sudah semestinya memilik wajah yang cantik.

“Mestilah kita nak yang cantik tetapi yang paling penting dia boleh masak sebab saya tak suka makan di luar.

“Selain itu, dia kena jaga dan terima saya seadanya… itu pun sudah mencukupi. Kalau boleh, saya tak nak isteri yang aktif dalam laman sosial,” – Wak Doyok.

Dia juga berharap pasangannya itu nanti bukan seorang yang gemar melayari laman sosial serta menjadi terkenal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here