Redah banjir paras lutut, pengantin abadi bencana alam dalam foto perkahwinan

0
30


Musim tengkujuh sememangnya akan hadir setiap tahun sekitar bulan Disember. Ketika itu juga merupakan waktu cuti persekolahan dan menjadi tradisi zaman-berzaman  majlis perkahwinan diadakan.

Namun begitu, fenomena banjir yang melanda Pantai Timur dan juga sempadan antara Malaysia-Thailand telah membuatkan kawasan rumah-rumah penduduk ditenggelami air.

Oleh hal yang demikian, satu majlis perkahwinan di sempadan Kelantan-Thailand telah tular berikutan foto-foto perkahwinan pasangan mempelai yang dirakam dalam keadaaan banjir.

Menerusi muat naik daripada jurugambar perkahwinan tersebut di Facebook, pasangan Syed Busri dan Heedaya terlihat begitu cantik walaupun digenangi air bah sehingga paras lutut.

Menurut penerangan daripada  jurugambar perkahwinan tersebut, majlis yang sepatutnya diadakan pada 30 November dan 1 Disember itu mengalami sedikit kesulitan susulan daripada hujan lebat yang melanda.

Walau bagaimanapun, pasangan pengantin itu masih tersenyum dan bersabar dengan keadaan yang berlaku. Jadi, sebagai jurugambar, Meen enggan menghampakan pasangan tersebut terus mengambil gambar pasangan secocok itu yang terlihat berpimpinan tangan sepanjang masa.

Hasil yang diperoleh daripada gambar yang diambil dalam air banjir betul-betul cantik ditambah lagi dengan senyuman pengantin. Foto perkahwinan antara Syed Busri dan Heedaya telah tular sehingga ke Malaysia dan dikongsikan lebih 32 ribu muat naik di Facebook.

Hujan lebat sejak kebelakangan ini telah menyebabkan beberapa kawasan sekitar Pantai Timur dan sempadan Thailand mengalami banjir besar sehinggakan beberapa perkahwinan terpaksa ditunda dan dilakukan dalam keadaan serba kekurangan.

Setakat ini ribuan mangsa banjir telah dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sumber : Meen Photographer 

 

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here