Rehat dari mengacara demi zuriat, Siti Elizad mulakan rawatan IVF hari ini

0
13


Umum sedia maklum bahawa pelakon dan juga pengacara tinggi lampai, Siti Elizad Sharifuddin berniat mahu mendapatkan zuriat pada tahun ini.

Pada rancangan Curhat yang bersiaran di Astro Prima tempoh hari, Siti Elizad atau Ejad dilihat menitiskan air mata apabila berkongsi mengenai keinginannya memiliki cahaya mata.

Semalam, menerusi Sinar FM, Ejad telah memaklumkan bahawa hari ini dia akan memulakan rawatan IVF dalam usahanya memperolehi zuriat.

Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi mengendalikan program bual bicara yang dihoskannya iaitu Mingguan Wanita selepas ini. Minggu ini juga merupakan hari terakhirnya bersama program tersebut sebelum berehat dan memberi tumpuan kepada rawatan.

Dia yang mengumumkan perkara tersebut semasa di konti radio Sinar  FM ketika sedang ke udara bersama rakan penyampai, Hefny Sahad kelihatan sebak kerana bakal melakukan rawatan tersebut pada hari ini.

Ejad dan suaminya, Shamsul Baharin Rahman sudah berkahwin 5 tahun iaitu pada 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh penyampai radio itu di Instagram Sinar FM, rata-rata warganet telah mendoakan agar urusan selebriti tersebut dipermudahkan.

Mereka juga berharap agar rawatan tersebut berjaya dan Ejad bakal menimang cahaya mata dalam masa terdekat. Semoga Allah S.W.T memakbulkan doa hambanya.

Sumber: Sinar FM

 

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here