Remaja autisme hasilkan lukisan pada arca Putrajaya

0
276


Menghidap masalah autisme tidak menghalang seorang remaja perempuan, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri untuk menghasilkan melukis sebuah arca selebar 1.5 meter dan tinggi 2.4 meter.

Lebih membanggakan apabila pemilihan lukisan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena sambutan merdeka yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, Sabtu ini.

Lukisan berkonsepkan struktur bangunan dan jambatan terkenal di Malaysia itu juga dihias dengan ‘doodle’ wanita pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban selain bendera Jalur Gemilang.

Ibu kepada remaja berusia 17 tahun itu, Noorhashimah Mohamed Noordin berkata kemahiran melukis Wan Jamila dikesan sejak berusia empat tahun.

“Ketika kecil, dia suka meluahkan perasaannya melalui lukisan. Dia boleh melukis secara terperinci sesuatu kejadian itu walaupun hanya melihat sekali imbas.

“Untuk lukisan pada arca berkenaan, dia berjaya siapkan dalam tempoh sebulan setengah. Dia banyak habiskan masa dalam galeri miliknya dari pagi hingga malam untuk melukis,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here