Remuk hati ibu, hanya terhantuk di kerusi anak disahkan hidap ketumbuhan

0
178


Remuk hati seorang ibu, apabila anak kecil yang dulunya sihat serta cerita dalam sekelip mata diuji dengan kesakitan yang tidak terbayang sakitnya.

Begitulah kisah seorang menerusi laman Facebooknya, Nusasabila Kamarulzaman, apabila anak sulungnya Muhammad Iman Al Khausar berumur dalam lingkungan 2 tahun, disahkan mengalami ketumbuhan di kepala selepas terhantuk ketika bermain.

Tidak menyangka ia akan menjadi serius,  Muhammad Iman Al Khausar atau manja dipanggil Iman, pada mulanya hanya terhantuk biasa di kerusi ketika bermain menyebabkan kepalanya sedikit luka dan benjol.

Selepas membuat pemeriksaan, pada awalnya doktor mengatakan tiada retakan berlaku dan hanyalah biasa. Namun, selepas seminggu anaknya mula deman.

Jelas ibu itu, dia semakin risau apabil benjolan di kepala anaknya semakin membesar dan doktor memberitahu sebenarnya kesan hantukan itu tepat pada saraf darah.

Lebih memilukan lagi, anaknya yang masih kecil disahkan mendapat ketumbuhan di bahagian belakang kepala dan mata akibat daripada kelenjar yang aktif apabila deman dan darah dijangkiti kuman.

Setakat ini, Norsasabila dan suami hanya menunggu keputusan daripada pihak hospital, dan berharap agar keputusan yang diterima adalah berita gembira dan anaknya dapat diubati dengan segera.

Sayu melihat wajah anak ini, semoga dengan berkat doa orang ramai adik Iman dapat sembuh semula dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak seusianya.

Sumber : Nusasabila Kamarulzaman

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here