Risau gelombang ketiga Covid-19, Ebit Lew siap2 sedekah ‘aircond’ dekat hospital

0
120


Setiap hari ada sahaja yang dilakukan oleh pendakwah terkenal negara iaitu Ustaz Ebit Lew. Boleh dikatakan selain frontliner, Ebit lew merupakan insan yang sangat sibuk sepanjang Perintah kawalan Pergerakkan.

Bukan melanggar perintah kawalan, tapi pendakwah tersebut gigih kesana sini menghulurkan bantuan buat petugas-petugas kesihatan dan masyarakat yang memerlukan.

Jika sebelum ini beliau memborong barangan runcit menggunakan lori 10 tan bagi diedarkan kepada asnaf, semalam, menerusi Facebooknya, Ebit Lew telah menghulurkan pendingin hawa kepada beberapa buah klinik dan juga hospital.

Langkah tersebut merupakan inisiatif yang boleh dilakukan bagi menghadapi gelombang ketiga Covid-19 yang dijangka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia akan berlaku sekitar pertengahan bulan April.

Menurut perkongsiannya lagi, Ebit Lew memberitahu bahawa banyak keperluan yang tiada di sesetengah hospital berikutan pertambahan pesakit setiap hari. Oleh hal yang demikian, kakitangan kesihatan seperti doktor dan pegawai yang bertugas amat berharap agar bantuan dapat disumbangkan kepada pihak mereka.

Tambah pendakwah tersebut, setiap bentuk bantuan yang dihulurkan kebiasaannya dibantu oleh anak-anak muda yang menjadi runner menyampaikan sumbangan menggunakan motosikal kepada para asnaf.

Sehubungan dengan itu, Ebit Lew telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membantunya untuk sama-sama meringankan beban semua pihak sepanjang tempoh PKP ini.

Beliau turut berdoa agar Allah S.W.T memutuskan rantaian Covid-19 ini dan berharap agar semua pihak diberi kekuatan dan pertolongan daripada Maha Pencipta untuk menghadapi ujian ini.

Sehubungan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet masih sama dengan respon-respon sebelum ini dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pendakwah disayangi ramai itu.

Mereka juga sentiasa mendoakan agar Ebit Lew kekal dipelihara Allah S.W.T dan setiap kerja dakwahnya menjadi teladan kepada semua.

Sumber : Ebit Lew





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here