Kenangkan Kawan2. Apek Kurang Ajar Terlepas. Akak Food Panda Tak jadi Buat Report Polis

0
1044

Sejak semalam, heboh di media sosial berkenaan isu seorang lelaki berbangsa Cina, bertindak memukul wanita yang merupakan penghantar makanan Foodpanda dalam kejadian di Bandar Puteri Puchong, di Serdang, mencetuskan kemarahan netizen.

Berdasarkan laporan Harian Metro, kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki terbabit didapati tidak puas hati kerana wanita yang menunggang motosikal memotong ketika dia ingin membuat pusingan U.

Terkini, maklumat baru diterima hari ini apabila terdapat perkongsian di Facebook mengenai perbualan di Whatsapps menyatakan wanita tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Puchong terhadap lelaki terbabit.

Susulan daripada, sekumpulan penghantar makanan dilihat berkumpul di hadapan premis berkenaan melakukan protes terhadap perbuatan lelaki terbabit.

Difahamkan wanita itu terpaksa menarik semula laporan, apabila diberitahu lelaki itu juga telah membuat laporan terhadap 20 penghantar makanan Foodpanda yang didakwa telah mengugutnya.

Tidak mahu rakan-rakan sekerjanya ditahan reman, atas saranan pihak polis yang bertugas, wanita tersebut telah menarik semula laporan terhadap lelaki Cina terbabit.

Geram apabila perlakuan biadap lelaki terbabit tidak dikenakan tindakan, telah mengundang rasa tidak puas hati dan kemarahan netizen.

Sumber : Facebook

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here