Rizalman hidap demam denggi, Permaisuri Agong ziarah suapkan ubat

0
465
rizalman demam denggi

 

 

Persahabatan di antara pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang cukup akrab sekali.

kerana mereka serdimana sering berkongsi minat yang sama.

Terbaru menerusi InstaStory miliknya, Rizalman disahkan mengalami demam denggi dan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.

Lebih terharu apabila Tunku Azizah berkenan menziarahi dengan membawa ubat istimewa untuk diminum oleh figura berusia 48 tahun itu.

Beberapa rakaman video turut dikongsi yang memaparkan aksi Permaisuri Agong menyuap campuran ubat tersebut ke dalam mulut Rizalman yang seakan-akan loya untuk ditelan.

Walau bagaimanapun, pereka fesyen yang telah umum bersara pada Februari lalu itu berada dalam keadaan stabil dan berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatannya.

Sumber : Rizalman Ibrahim