Menangis Terlalu Rindu… Lelaki Bawa Tiga Anak kecilnya Menyambut Hari Ibu di Pusara Ibu

0
182

Sudah tentu ramai yang meraikan 10 Mei iaitu Hari Ibu dengan insan-insan teristimewa mereka. Ucapan Selamat Hari Ibu buat ratu setiap keluarga menjadikan hari minggu semalam penuh ceria.

Namun begitu, berlainan pula dengan kisah seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khairul Abdullah yang menyambut hari istimewa tersebut dengan suasana yang agak berlainan.

Dia telah membawa 3 orang anak kecilnya menziarahi pusara isteri tersayang di pagi 10 Mei untuk ‘bertemu’ dengan isteri tersayang.

Namun, disebalik kesedihan yang pastinya masih berbekas sejak dua tahun lalu, Khairul diselubungi rasa lebih memilukan apabila anak sulungnya terlihat begitu sedih sedangkan sebelum ini dia antara yang paling tabah.

Menurutnya, anak sulungnya terlihat agak berlainan pagi itu dan begitu sensitif sehingga menitiskan air mata sedangkan dia pernah berjanji tidak akan menangis diatas kehilangan ibu tersayang.

Namun, disebabkan salah pertuturan anaknya menangis dan memeluk kakinya sehingga dia turut menitiskan air mata melihat keadaan sayu anaknya.

Khairul yang merupakan seorang bapa tunggal mengakui terkilan kerana berkata seperti itu kepada anaknya yang merindui sosok seorang ibu.

Diakahir penulisannya dia sempat berjanji akan menjadi ibu dan bapa terbaik buat anak-anak mereka dan mengucapkan selamat har ibu buat semua ibu di dunia.

Perkongsian yang begitu menyentuh hati itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata mengakui sedih dengan kisah yang disampaikan oleh sumber dan mendoakan agar mereka semua tabah melalui dugaan ini.

Sumber : Khairul Abdullah

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here