“Saya jemu & muak.” – Akui jodoh tak lama, Hana Azra & PU Abu bakal bercerai

0
18


Seakan menjadi teka-teki status perkahwinan peserta Pencetus Ummah kontroversi, Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi dengan isterinya Hana Azra Mohd Zakir apabila status IG story Hana seakan memberi bayangan mereka akan berpisah.

Menerusi ruangan Instagram itu, Hana memaklumkan bahawa mereka sudah membawa haluan masing-masing dan dia juga sedang berpantang di kediaman keluarga di Kedah.

Hana yang baru sahaja melahirkan anak lelaki pada 1 Februari memaklumkan hal itu ketika ditanya oleh seorang netizen.

Susulan daripada itu, Harian Metro telah mendapatkan penjelasan daripada empunya badan dan dia tidak menafikan hal tersebut. Hana memberitahu mereka dalam proses hendak berpisah dan akan mengikut prosedur mahkamah dalam jangka waktu terdekat.

“Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing.

“Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman,” katanya.

Tambah Hana lagi, isu rumah tangganya dengan PU Abu bukan lgi sesuatu yang baru kerana sudah mulai jemu dengan keadaan tersebut. Dia juga seakan lali dengan kecaman yang diterima daripada netizen di laman sosial.

“Isu dihadapi kami ini, sejujurnya bukan baru lagi. Saya dah hadap lama hingga jadi jemu dan muak.

“Untuk saya terus bertahan lama-lama pun rasanya tak perlu lagi. Tak boleh menjana apa-apa pun untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun je la.”

Untuk isu kali ini, PU Abu juga telah tampil menafikan dakwaan rumah tangganya bersama Hana berantakan. Dia turut mengatakan bahawa mereka baik-baik sahaja dan tiada isu curang pun yang berlaku seperti yang didakwa sebelum ini.

“Tidak berlaku apa-apa kecurangan. Doa yang baik-baik buat kami. Apapun, ini ujian Allah buat saya.

“Saya kena kuat dan sabar. Mohon doa yang baik-baik buat kami. Dalam mana-mana rumah tangga pun akan ada macam-macam ujian. Saya tak terkecuali. Doakan segalanya baik-baik sahaja.”

PU Abu juga dilihat bahagia memuat naik gambar anaknya bersama Hana yang baru lahir dan juga anaknya bersama bekas isteri dengan kapsyen seakakan menujukan khas buat anak-anaknya.

Terdahulu, keelut rumah tangga PU Abu dan isteri mulai bertebaran apabila Hana sendiri memuat naik beberapa bukti kecurangan suaminya dengan seorang wanita lain. Akan tetapi muat naik tersebut telah dipadam tidak lama selepas itu dan Abu menafikan tuduha tersebut.

Sumber : Hana Azra, Harian Metro





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here