“Saya memang minat bercucuk tanam.” -Ratu Rock Ella kini jadi tauke cili

0
503


Penyanyi rock legenda Malaysia, Ella bukan sahaja dikenali dengan kemerduan suaranya, malah semua sangat kenal perwatakannya yang sangat manja dan bersahaja.

Terkini, Ella membuktikan bahawa dirinya bukan sahaja berbakat serta releven dalam industri hiburan, tetapi mampu juga mencerburkan diri dalam bidang perniagaan!

Menjengah laman Instagram peribadi miliknya, Ella telah memuat naik sekeping gambar yang merupakan keratan akhbar dari Harian Metro. Keratan akhbar tersebut mengandungi sebuah laporan mengenai Ella dan suami mengusahakan sebuah ladang cili yang berteknologi tinggi!

“Thank you Alhamdulillah Amin.” Kapsyen Ella.

Menerusi laporan dari akhbar harian Metro, Ella dan suaminya, Azhar Ghazali telah mengusahakan tanaman fertigasi cili ini sejak dua tahun lalu dengan keluasan ladang sebesar 1.2 hektar! Ella dan suaminya dikatakan berkongsi minat dalam bidang pertanian dan bercucuk tanam.

“Harini Ella sempat ke ladang kami yang bakal membuahkan hasil tak lama lagi!” Tulisnya.

 

Katanya lagi, sekarang ini mungkin adalah masa yang sesuai untuknya berbakti pada tanah di negara ini dan mendapatkan pelbagai hasil tanaman dari usahanya itu.

Ella juga mengharapkan agar, penglibatan dirinya dalam bidang pertanian ini dapat berikan inspirasi dan galakkan terhadap golongan belia. Ella dan suami juga ingin membuktikan dan mendidik masyarakat yang bidang pertanian ini dapat menjanjikan masa depan yang baik dan menjana pendapatan yang setimpal.

Semoga Ella dan suaminya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. Ella juga mengatakan bahawa dia juga menawarkan khidmad nasihat kepada usahawa yang mahu menjalan aktiviti pertanian fertigasi cili ini.

Sumber: Ella Aminuddins, Harian Metro.

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here