“Saya Rasa Macam Tak Ramai Je Yang Nak Kenal, Pelik juga,” – Wany Hasrita Terbuka, Tak Tolak Jodoh

0
633
wani hasrita

 

Penyanyi Wany Hasrita mendedahkan dia ketika ini terbuka mengenai soal cinta dan tidak menolak jodohNya andai dipertemukan dengan lelaki yang tepat.

Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29, bagaimanapun hanya akan berkongsi mengenai perkara tersebut sekiranya ia sudah pun pasti.

“Kalau nak dikatakan sudah bersedia, sampai bila-bila pun kita boleh cakap belum sedia dan sebagainya. Cuma sebagai manusia, kadang pembelajaran itu akan datang melalui pengalaman. Jadi saya kena melalui dululah kot.

“Apa pun, saya tidak menolak jodoh. Kalau seru sampai esok, esoklah saya kahwin. Soal jodoh ini saya terbuka untuk menerima apa sahaja yang bakal terjadi. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan.

“Selagi belum ada yang betul-betul kukuh misalnya dah ada kad kahwin ke, barulah saya akan kongsi. Berbeza bila bertunang, andai ada yang tanya kita tidak boleh menipu.

“Saya akan kongsi bila tiba masanya sebab kita pun nak orang mendoakan yang baik-baik. Kalau diikutkan pun, memang kita digalakkan untuk menyebarkan berita mengenai perkahwinan.

“Saya masih lagi berdoa untuk dipertemukan dengan jodoh yang betul. Ibu dan bapa tidaklah asyik bertanya,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada ramai lelaki yang mahu mengenali, penyanyi lagu Canggung di samping Datuk Jamal Abdillah ini mengakui, situasi tersebut tidak berlaku seperti mana yang disangka.

“Saya rasa macam tak ramai je yang nak kenal dengan saya. Pelik juga.

“Cuma mungkin ia akan menjadi lebih sukar kalau kita terlalu mencari. Setakat ini, saya tidaklah fokus pun, bukan keutamaan,” katanya jujur.

Dalam perkembangan lain, Wany bakal muncul menerusi lagu baru selepas sambutan Syawal tahun ini.

“Insya-Allah saya akan muncul dengan single baru berentak pop. Judulnya Pedas yang turut menampilkan Sophia Liana hasil ciptaan Altimet dan Sazzy. Alhamdulillah bekerja dengan mereka sangat senang.

“Malah ketika sesi penggambaran, Sophia juga seorang yang ‘easygoing’. Saya kata padanya, ingatkan garang, tetapi sebenarnya tidak.

“Dia lebih kepada kakak sementara saya pula adik. Pembaharuan terhadap pilihan lagu ini pun dibuat bagi serlahkan sisi berbeza saya berbanding sebelum ini,” katanya lagi.

Foto: Instagram Wany Hasrita

Source link