‘Saya tak curi apa-apa, saya hanya tengok barang kemas sahaja’ – Wanita tampil nafi dakwaan pemilik kedai emas

0
117
 

Polis kini sedang memburu seorang wanita yang dipercayai mencuri seutas rantai tangan yang bernilai RM10,000.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.30 petang di sebuah kedai emas di Pasar Besar Siti Khadijah.

Pada masak ejadian, hanya pemilik dan pelanggan wanita berusia 20-an di berada di dalam kedai.

Suspek datang ke kedai emas itu kononnya mahu menjual rantai tangan miliknya dengan menukarkan kepada barang kemas baru.

Setelah mencuba beberapa kali barang kemas yang dipinta, suspek menyerahkan kembali kepada pemilik kedai. Di waktu pemilik kedai sedang leka, suspek mengambil kesempatan mengambil seutas rantai emas berat 42.78 gram (g) dari almari pameran yang tidak berkunci.

Suspek kemudian beredar dan ketika itu pemilik baru sedar seutas rantai tangan hilang dan mengesyaki diambil oleh suspek lalu cuba memanggilnya tetapi suspek terus melarikan diri.

Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam rumah dan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, wanita yang disyaki mencuri itu tampil membuat laporan polis yang menafikan dakwaan tidak berasas itu.

Menurutnya, dia menyedari gambarnya yang sedang duduk di kaunter pameran barang kemas di sebuah kedai emas diviralkan di media sosial.

“Di dalam posting tersebut telah mendakwa saya mencuri barang kemas, walhal saya tidak mencuri apa-apa barang kemas dan saya berada di situ adalah untuk tujuan melihat barang kemas sahaja.

“Hal ini telah menyebabkan nama baik saya menjadi buruk,” katanya yang juga bimbang dengan keselamatan diri susulan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here