“Sebelum galak nak cerita hukum tuhan, elok periksa akhlak sendiri dulu..”- Aqasha Sindir Pendakwah Program TV.

0
143




Rasanya sudah lama kita tak dengar cerita mengenai pelakon Aqasha. Baru-baru ini perkongsiannya di Instagram mendapat perhatian ramai seolah menyindir seorang pendakwah yang menafikan atau “dak’aih” akan status perkahwinannya.

Menerusi perkongsiannya itu, Aqasha turut mengatakan jangan ingat seseorang itu berkopiah atau berjubah bahawa iman mereka tebal dan dihampuri Tuhan. Aqasha turut mengingatkan pengetahuan agama bukan pertandingan.

 

 

“Jangan ingat kopiah dan jubah melambangkan ketebalan Iman dan dihampiri tuhan. Jadi sebelum galak nak bercerita pasal hukum tuhan, elok periksa akhlak sendiri dulu. Lagipun pengetahuan agama ni bukan pertandingan,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pelakon itu. Malah, ada yang mengatakan dek kerana hal ditimbulkan oleh segelintir ‘Dak’Aih’ ahli-ahli agama lain turut terpalit sama dan dipandang seorang.

Dalam pada itu, Aqasha turut memberi bayangan sudah bosan dengan industri drama tanah air yang asyik dengan jalan cerita yang sama dan tiada perkembangan.

Betul tawar hati sampai nak berlakon cerita jumpa makhluk asing. Apa pun diharap Aqasha terus berjaya dalam industri hiburan tanah air dan pasti ramai yang rindukan untuk melihat Aqasha kembali muncul di kaca televisyen.







Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here