Sedekad tunggu zuriat, suami isteri menangis disahkan bakal terima cahaya mata

0
20


Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti menginginkan zuriat dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana anak-anak adalah penyeri kepada pasangan suami isteri dan dapat melengkapkan impian membina keluarga yang mawaddah.

Namun begitu, tidak semua pasangan suami isteri diberi rezeki cahaya mata dalam tempoh masa yang cepat selepas perkahwinan. Ada yng terpaksa menunggu bertahun-tahun bagi memperoleh zuriat sendiri.

Oleh hal yang demikian, menerusi satu perkongsian yang diperoleh daripada Instagram seorang doktor pakar perbidanan dan sakit puan, Doktor Tokha Muhammad, beliau telah memuat naik satu video reaksi pasangan suami isteri yang begitu sebak apabila isterinya disahkan hamil selepas 10 tahun menanti.

Menerusi video tersebut, pada awalnya pasangan itu seakan agak kecewa kerana menjangkakan hasil keputusan ujian kehamilan masih sama seperti biasa, namun apabila diperhatikan oleh sang isteri ternyata dirinya positif hamil.

Reaksi sebak pasangan tersebut benar-benar menyentuh hati warganet kerana memahami perasaan mereka yang begitu menantikan zuriat.

 

Sumber : drtokha





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here