“Sekejap letak jawatan PM, sekejap nak jadi PM semula…” – Tun M bikin Najib keliru?

0
634


Belum lagi reda dengan pandemik Covid-19, nampaknya Malaysia berkemungkinan terpaksa berhadapan sekali lagi dengan krisis politik.

Menerusi laporan berita, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof, telah menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Isu tersebut sudah semestinya menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Najib Razak, apabila menerusi laman Facebooknya, beliau mengeluarkan pendapat berkenaan usul tidak percaya PM yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir.

“Sekejap letak jawatan Pengerusi PPBM, sekejap nak jadi Pengerusi PPBM semula…”

Susahlah kalau selalu cam ini.Sekejap letak jawatan Pengerusi PPBM, sekejap nak jadi Pengerusi PPBM semula.Sekejap…

Posted by Najib Razak on Friday, May 8, 2020

Di dalam entrinya, beliau sempat juga menekankan mengenai masalah Covid-19 yang kini sudah menyerang hampir empat juta orang di seluruh dunia.

Begitu juga dengan para netizen, rata-ratanya menyifatkan usul tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan ketika negara dalam keadaan krisis melawan wabak pandemik Covid-19.

Sumber : Najib Razak





Source link