Sekitar suasana detik2 akhir Ramadan di Mekah, ribuan manusia banjiri Masjidil Haram

0
341

Tidak sedar masa berjalan, kita sudah pun hampir sebulan menjalani ibadah puasa dan mungkin sahaja lusa atau esok kita akan meraikan hari raya Aidilfitri.

Sayu rasa hati kerana bakal meninggalkan bulan yang penuh barakah ini, kerana tidak pasti adakah kita masih berpeluang merasai Ramadan yang akan datang.

Dalam sedang sibuk kita disini menyiapkan persiapan raya, namun lain pula situasinya di Mekah, apabila ribuan Muslimin dan Muslimat sedang berlumba-lumba melaksanakan ibadah pada detik akhir Ramadan.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Khalids, memaparkan keadaan di sekitar Kaabah pada malam ke-27 Ramadan.

Kebanyakkan jemaah disana sedang membuat pecutan akhir dalam mengejar dan mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini.

Sememangnya dalam bulan Ramadan ini Rasul SAW banyak berdoa di samping ibadah dan kerja-kerja makruf yang dilipatgandakan semata-mata mencari redha Ilahi.

Antara amalan yang sangat dianjurkan dan diamalkan oleh Baginda adalah, pada malam-malam terakhir Ramadan al-Mubarak:

  1. Berqiamulail
  2. Membaca Al-Quran
  3. Beriktikaf
  4. Banyak berdoa
  5. Banyak Beristighfar Dan Bertaubat
  6. Mengerjakan Umrah
  7. Tidak tidur 10 malam terakhir
  8. Membantu keluarga untuk beramal soleh

Ini antara gambar yang dapat dirakam oleh jurufoto sekitar suasana di Masjidil Haram, dapat dilihat ribuan manusia membanjiri kawasan Kaabah demi melaksanakan ibadah pada Ramadan tahun ini yang bakal kita rindui.

Marilah kita bersyukur kepada Allah kerana kita dipanjangkan umur dan diberi kesempatan lagi oleh-Nya untuk terus berubudiyah kepada Allah khasnya di dalam bulan Ramadan al mubarak yang kini telah masuk dalam bahagian akhir bagi tahun ini.

Sumber : Tazkirah.net oleh Rabiatul Adaweeyah , The Indipendent & Khalids

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here