Sekolah dijangka akan dibuka tidak lama lagi. Ini komen Dr. Mohd Radzi Md Jidin

0
1410
Dr. Mohd Radzi Md Jidin sekolah dibuka
Dr. Mohd Radzi Md Jidin Starpix by Low Lay Phon.

Sekolah dijangka akan dibuka tidak lama lagi. Ini respons Menteri Pendidikan|

Hari ini Dr. Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Pendidikan Malaysia telah memberi respons

dalam akaun twitter milik beliau berkenaan laporan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengenai trend penurunan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia semalam.

Respons Dr. Mohd Radzi Md Jidin terhadap sekolah dijangka dibuka tidak lama lagi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, data telah menunjukkan penularan jangkitan wabak COVID-19 di kalangan rakyat semakin menurun.

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan lebih banyak sektor akan dapat dibuka semula tidak lama lagi, termasuk sektor pendidikan.

Kami di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama KKM telah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) khusus untuk pembukaan sekolah nanti. Aspek keselamatan dan kesihatan murid serta guru tetap diutamakan.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, sekolah pada mulanya hanya akan dibuka untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6. Manakala, untuk pelajar lain akan dibuka semula secara berperingkat berdasarkan nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Sama-samalah kita lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita.

‘ Sekolah tutup tapi gaji jalan, Mcm mana tu? ’ – Netizen desak PM kaji balik gaji cikgu sepanjang PKP

Antara golongan yang terkesan dengan PKP termasuklah guru yang terpaksa menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari rumah.

Namun, berbanding dengan pekerja swasta dan pekerja bergaji harian yang kehilangan pendapatan, golongan guru dan penjawat awam lain dapat menarik nafas lega apabila gaji mereka tetap dibayar penuh oleh pihak kerajaan

Ini menyebabkan ada netizen yang mempersoalkan ‘Sekolah tutup tapi gaji jalan, Mcm mana tu?’ – Netizen desak PM kaji balik gaji cikgu sepanjang PKP boleh anda baca di dalam artikel berkenaan di sini.

Mereka memberikan alasan sekolah tutup dan mendakwa guru hanya goyang kaki di rumah tanpa membuat apa-apa kerja.

Berikutan itu, netizen yang lain tampil mempertahankan guru selain memberikan penjelasan bahawa tugas mereka tetap berjalan walaupun sesi persekolahan ditutup.

Malah, ada yang masih tidur lewat untuk menyediakan tugasan kelas ‘online’ buat para pelajar.