Selalu sibuk dengan kerja, lelaki hadiah iPhone bagi mak ayah tanda balas jasa

0
21


Sekiranya waktu kecil ibu bapa selalu mengorbankan wang ringgit dan masa demi membesarkan kita, jadi sebagai anak apa salahnya kalau kita mengambil peluang untuk membalas semula jasa mereka apabila dewasa.

Tidak terkecuali dengan seorang individu yang dikenali sebagai Syafiq ini apabila dia turut menghadiahkan sebuah telefon bimbit jenama Apple iaitu iPhone 11 Pro kepada kedua orang tuanya.

I told my dad something important was left in the car. My dad is scared already and suprise him with an IPHONE 11 PRO! My father reaction was so cute! I’m feeling blessed today,” tulisnya.

Menurut Syafiq, dia membuat kejutan kepada orang tuanya kerana tidak mempunyai masa yang lama untuk bersama ibu bapa di rumah atas faktor kesibukan bekerja hingga lewat malam.

Ternyata posting berkenaan menerima pelbagai komen netizen dan kebanyakan mereka memuji tindakan murni lelaki tersebut kerana dapat menggembirakan hati kedua ibu bapanya.

Alhamdulillah beruntungnya mak ayah dia! Iphone 11 Pro tu, bukan kaleng-kaleng. Rezeki orang lain-lain kan. Ada duit lebih boleh bahagiakan mak ayah macam ni. Semoga jadi anak yang soleh.

Sumber : Twitter





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here