“Selamba kunyah sayur!” -Suka makan celery, rahsia kulit Lisa Surihani cantik!

0
362


Sejak pada awal kemunculan pelakon Lisa Surihani ke dunia lakon layar, dia sering mencuri tumpuan ramai dengan kecantikan raut wajahnya.

Baru-baru ini setelah mengerjakan umrah, Lisa Surihani telah mengumumkan bahawa dia telah berhijrah memakai tudung sepenuhnya. Perkara tersebut benar-benar menggembirakan ramai peminatnya.

Namun sebentar tadi, Lisa Surihani ada memuat naik video perkongsian daripada rakannya di IG Story, gelagat pelakon I’m not single memakan sayuran celery telah menarik perhatian.

Video yang dikongsikan oleh Lisa Surihani menampakkan reaksi comelnya sedang menikmati sebatang celery, dan telah dirakamkan secara sembunyi oleh rakannya.

“Tak cukup minum celery juice, nak makan jugak!”

Ternyata mungkin amalan Lisa yang sering minum atau makan celery, adalah faktor kulit wajahnya cantik berseri.

Sumber : Lisa Surihani

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here