Selepas Sulli & Goo Hara, seorang lagi artis Korea ditemui mati

0
22


Belum habis kecoh mengenai kematian selebriti Korea Selatan iaitu Sulli dan Goo Hara, terbaru seorang pelakon lelaki Cha In Ha ditemui meninggal dunia hari ini.

Kematian anggota kumpulan Surprise U itu disahkan agensi syarikat pengurusannya iaitu Fantagio yang mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, butir terperinci tentang kematian mengejutkan selebriti berusia 27 tahun itu tidak didedahkan kepada umum.

Menerusi laman Twitter, warganet mula memuat naik posting memberikan ucapan takziah dan berharap agar mendiang bersemadi dengan aman.

Terdahulu, Cha In Ha memulakan karier seni pada tahun 2017 menerusi lakonan filem You, Deep Inside of Me dan sering membawa watak sokongan dalam drama seperti Temperature of Love, Wok of Love dan Clean with Passion for Now.

Sumber : Koreaboo





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here