Seorang lagi tabligh meninggal dunia, jumlah kematian Covid-19 cecah 21 kes

0
14


Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu lagi kematian koronavirus baru (Covid-19) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 21 kes.

Menurutnya, kes kematian ke-21 itu membabitkan lelaki tempatan berusia 63 tahun yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Wednesday, March 25, 2020

Dengan latarbelakang penyakit kronik, mangsa mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020. Hasil ujian telah didapati positif sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020. 

Ketika menjalani rawatan, kesihatan mangsa merosot dan disahkan meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi.

Sumber : Noor Hisham Abdullah





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here