Shuib & Siti Sarah kena kompaun makan ramai2 semeja langgar SOP

0
596

Pelawak dan usahawan, Shuib serta isterinya Siti Sarah dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah restoran, semalam.

Shuib tiada penjarakan fizikal

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan itu didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal.

Selain itu, dua lagi pelanggan yang duduk semeja di premis tersebut bersama pasangan berkenaan turut dikenakan kompaun.

shuib kena kompaun SOP

“Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op Covid-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit. 
“Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, seorang individu berkongsi foto bersama pasangan selebriti sambil menjamu selera di dalam premis berkenaan di laman Facebook miliknya.

Sumber: Sinar Harian (Rosilawati Rosedi)

Source link