Khalid Jamlus jawab soalan wartawan macam berlagak buat netizen meluat

0
3393
khalid jamlus

Sejak akhir-akhir ini, nama Khalid Jamlus yang merupakan bekas pemain penyerang pasukan Harimau Malaysia pada satu ketika dahulu,  heboh menjadi topik perbualan orang ramai kerana seringkali  membuat live video streaming di Facebook.

Di dalam siarang langsung tersebut, Khalid Jamlus telah melelong Kasut Emas yang telah dihadiahkan kepadanya setelah pasukannya berjaya memenangi kejuaraan Liga Perdana Malaysia pada tahun 2002.

Lelongan tersebut berjaya mendapat sambutan hangat pengikut facebook beliau sehingga mendapat tawaran bidaan sebanyak RM10,500 kerana telah hilang punca pendapatan semasa perlaksanaan PKP.

Ekoran daripada tindakan beliau itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal telah menjemput Khalid Ja telah mendapat kritikan daripada warganet.

Kebanyakan netizen yang menonton rakaman video tersebut agak meluat dengan sikap Khalid Jamlus yang acuh tidak acuh kerana menjawab soalan daripada  wartawan kepadanya berkaitan dengan jawatan ditawarkan kepada beiiau  dalam pasukan bolasepak.

Hal ini menyebabkan netizen rasa ‘menyampah’ dengan kata-kata pertuturannya yang nampak acuh tidak acuh. Netizen telah memberikan pelbagai komen setelah menyaksikan video yang telah diupload oleh pemilik Twitter bernama E_Blackbeard .

ISU KHALID JAMLUS | “Tak Kan Jadi Tukang Kebun Bang” – Khalid

ISU KHALID JAMLUS | “Tak Kan Jadi Tukang Kebun Bang” – KhalidTular selepas bekas pemain kebangsaan, Khalid Jamlus melelong trofi kasut emasnya.Kementerian Belia dan Sukan tampil berbincang untuk mambantunya.Mungkin ada sinar baharu dan peluang yang ditawarkan KBS kepada bekas pemain itu.

Posted by Buletin TV3 on Wednesday, July 8, 2020

Sumber: E_Blackbeard, Buletin TV3

Source link