“Sini berlambak! Takyah ‘menggelupur’ pergi Nilai 3, dah lah tak ikut SOP” – Diva AA

0
1557

Neelofa dan suaminya PU Riz baru-baru ini telah menggemparkan netizen kerana mereka telah dikatakan melanggar SOP dengan merentas negerii, kali ini beiau bersama suaminya telah pergi ke Nilai  yang terletak di Negeri Sembilan untuk ‘shopping’ karpet di Nilai 3.

Hal tersebut menyebabkan ramailah rakyat golongan marhaen bengang dan marah dengan tindakanNeelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor itu kerana seolah-olah mempermainkan undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan apatah lagi selepas beliau baru sahaja dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 baru-baru ini.

Namu begitu, bukan sahaja rakyat  yang merasa bengang malah  para selebriti lain turut sama turut tidak ketinggalan meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pengasas jenama Naelofar. Antara selebriti yang marah  termasuklah pengacara terkenal Azwan Ali atau lebih dikenali ramai sebagai Diva AA.

Menerusi sebuah video dikongsi di ciapan seorang pengguna Twitter @AzlilAdzif, kelihatan Diva AA sedang mempromosikan sebuah kedai karpet dipercayai terletak di Shah Alam.

Namun begitu, sewaktu sedang sibuk ‘promote’ karpet di berkenaan secara tiba-tiba artis berusia 55 tahun itu mencelah dan secara bersahaja menyindir seorang selebriti yang dikatakan merentas negeri beli karpet di Nilai baru-baru ini.

Walaupun tidak menyebut nama gerangan selebriti tersebut, ramai tahu individu yang dimaksudkan oleh Diva AA adalah siapa lagi kalau bukan, Neelofa betul tak?

“Dengar sini aku nak ‘laser’ kan semua. Tak payah menggelupur pergi Nilai 3. Dah lah kau rentas negeri tak ikut SOP! Sini berlambaklah. Kau terasa ke? Kau lah. Tak sebut nama,” sindirnya terhadap artis berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi terhibur tatkala melihat gelagat artis lelaki yang terkenal dengan julukan ‘Si Mulut Puaka’ tersebut.

Terdahulu, kecoh di serata laman sosial selepas Neelofa memuat naik beberapa video Insta Story menunjukkan dirinya di sebuah kedai menjual permaidani yang didakwa netizen di Nilai 3.

Tindakan bekas pengacara MeleTOP itu telah membuatkan netizen tidak berpuas hati kerana sekali lagi melakukan kesalahan rentas negeri ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sumber: Twitter Diva AA

ohmymedia