Fizo Mawar.. Apsal Sorang raya Kelate, sorang penang…” – Tak beraya bersama

0
924

Sambutan Aidilfitri akan lebih meriah, jika dapat diraikan bersama keluarga yang tersayang terutama pasangan suami isteri.

Namun baru-baru ini, pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim telah mengundang spekulasi netizen, apabila memuat naik foto meraikan Aidilfitri secara berasingan.

Fizo Omar yang ada memuat naik video, dilihat telah beraya di Kelantan. Manakala, Mawar Karim dan anak perempuan mereka, Maryam beraya di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Mawar raya dengan anak di Penang

 

View this post on Instagram

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 😉. Maryam @maryamfareedakids jeling nak duit raya la tu 😅

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on

Eh, kenapa wish kat anak je…

Namun lebih mengukuhkan lagi spekulasi yang timbul, apabila Fizo Omar hanya memuat naik foto anaknya sahaja pada hari pertama raya, sebagai ucapan hari raya tanpa foto isterinya.

 

View this post on Instagram

 

Camat hari raye!

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

 

Mawar tak sebut nama Abang Joe pun?

Menerusi Instagram, Mawar Karim juga turut memaklumkan telah menyambut hari lahirnya, yang jatuh pada hari pertama Aidilfitri.

Namun tidak seperti kebiasaannya, Mawar tidak menyebut ‘Abang Joe’ dalam kapsyen, seperti foto sebelum ini.

Takde gambar Mummy, Daddy dengan Cik Yam?

Selepas memuat naik foto tersebut, ramai yang telah meninggalkan komen membuat spekulasi tentang hubungan mereka berdua.

Mereka juga bertanya status hubungan Mawar dan Fizo yang tidak beraya bersama, seolah membawa diri masing-masing.

Kenapa tak raya dengan isteri?

Walau bagaimanapun, hanya tuan badan sendiri yang boleh menafikan atau mengesahkan khabar angin tersebut. Apa pun, kita doakan yang terbaik bagi kedua pasangan ini.

Sumber: Fizo Omar, Mawar Karim 

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here