Luahan Status Terakhir Arwah Konstabel Norhalim Undang Sebak

0
7213
status terakhir norhalim tumiran

Di hujung bulan Ramadan ini umat Islam tentunya menantikan ketibaan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi. Tetapi satu kejadian yang menyayat hati  terjadi di mana seorang anggota polis berpangkat konstabel meninggal dunia dipercayai kerana tertembak oleh rakan sendri di rumah sewa semalam.

Ia tentunya begitu mengejutkan dan menyedihkan sekali terutama kepada keluarga dan kenalan arwah.

Mangsa, Norhalim Tumiran, 25, dilaporkan baru sahaja ditugaskan  di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu kurang dari sebulan sebelum kejadian yang meragut nyawanya itu.

Arwah adalah seorang anak jati Pahang dan telah pergi meninggalkan seorang isteri dan seorang anak kecil berusia dalam lingkungan setahun.

Apa yang memilukan dan menyedihkan adalah apabila arwah berkongsi luahan status terakhirnya di dalam Facebooknya. Arwah Norhalim memaklumkan pada tahun ini tidak dapat beraya bersama keluarga, baik di rumah keluarga  sendiri mahupun keluarga mertua kerana tugas.

Apa yang diluahkan akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau telah menemui ajal di rumah rakan-rakannya ketika berbuka puasa akibat tertembak.

Mangsa yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga juga baru sahaja menyambut hari ulang tahun perkahwinan pada pertengahan April lalu.

Melihat dari status terakhir mangsa, ramai warganet mulai memenuhi ruangan komen dengan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga anggota polis berpangkat kostabel itu.

Masing-masing meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan pemergiannya yang jauh dari keluarga dan dihujung Ramadan ini. Mereka juga sempat memanjatkan doa berharap agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Nor Halim ohmymedia