Suka dibawa jalan2 dan perhatikan orang, Ainul Mardhiah dah pandai duduk

0
22


Kisah adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan di bahagian mulut tahun lalu benar-benar membuka mata banyak pihak. Hasilnya, dia telah diterbangkan ke London bagi mengharungi pemb3dahan yang akhirnya membuahkan kejayaan.

Hampir setahun peristiwa tersebut berlaku, kini Ainul Mardhiah semakin sihat dan comel seperti kanak-kanak lain. Membesar dengan baik, Ainul dilihat sudah pandai duduk dan mulai dibawa berjalan keluar bersama ibu dan bapanya.

Bapanya, Ahmad Safiuddin juga tidak lokek berkongsi gambar terbaru Ainul bagi tatapan warganet. Bayi kesayangan ramai itu juga menjadi perhatian setiap kali muat naik di media sosial dilakukan.

Hari ini, bapanya telah membuat posting gambar Ainul yang berada di kedai milik keluarga dalam keadaan duduk di kerusi.

Menurut bapanya lagi, Ainul sedang ralit memerhati pelanggan yang hadir ke kedainya sambil duduk diatas kerusi. Ahmad Safiuddin juga sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa apabila besar nanti, Ainul bolehlah membantunya di kedai.

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh Ahmad Safiuddin itu, rata-rata warganet seperti biasa memuji kecomelan adik Ainul yang terlihat begitu berbeza dengan gambar tular ketika dia masih bayi dahulu.

Mereka juga sempat mendoakan agar Ainul terus menbesar dengan sihat dan turut berharap supaya urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.

 

Sumber : Ahmad Safiuddin

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here