Pemandu mabuk langgar Arwah Koperal Safwan didakwa, Adik sayu baju arwah penuh darah sudah dicuci

0
1116

Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen Kajang hari ini berhubung kematian anggota polis, Koperal Safwan Muhammad Ismail pada 3 Mei lalu.

Menurut laporan Bernama, lelaki berusia 44 tahun itu disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh mangsa hingga maut dalam sekatan jalan raya Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan.

Sebuah posting oleh adik perempuan kepada Allahyarham iaitu Suhana Ismail turut dikongsi di laman Facebook pada 5 Mei lalu yang masih sayu mengenang pemergian arwah.

 

Abg wan Safwan M Ismail na blik dlu..baju kali terakhir abg wan pakai yg penuh dngn darah,na dah…

Posted by Suhana Ismail on Tuesday, May 5, 2020

“Baju kali terakhir abang Wan pakai yang penuh dengan darah, Na dah cuci.. Allahhuakbar! Sayunya hati ni. Tak dapat Na bayangkan kesakitan yang abang Wan tanggung.
“Semoga arwah abang Wan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. #HARAP SI PELAKU DIHUKUM GANTUNG SMPAI MATI#,” tulisnya.

Rata-rata netizen memberikan pendapat bahawa pemandu tersebut perlu menerima hukuman berat sebagai pengajaran dan berharap agar keluarga mangsa mendapat keadilan sewajarnya.

Sumber : Bernama , Suhana Ismail

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here