Syabas & tahniah buat petugas KKM, 215 kes positif COVID -19 berjaya sembuh

0
14


Melihat jumlah jangkitan dan kematian semakin meningkat akibat virus Covid-19 di negara kita, sememangnya mendatangkan kerisauan buat seluruh rakyat.

Bagaimana pun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bersama kakitangan mereka tetap komited dalam memerangi wabak pandemik ini.

Difahamkan, setakat ini KKM mengumumkan bahawa sejumlah 215 kes positif di Malaysia telah berjaya sembuh dan dibenarkan keluar hospital pada 26 Mac 2020.

KKM juga turut menyatakan bahawa, jumlah tersebut merangkumi 16 lagi pesakit terbaru yang juga turut dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.

Angka itu juga boleh dikira sebagai satu pencapaian yang baik buat petugas perubatan yang sanggup berkorban tenaga dan masa, demi memberikan yang terbaik untuk para pesakit.

Tidak terungkap dengan kata-kata, ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan buat para petugas yang terlibat. Semoga Malaysia dapat segera pulih daripada wabak virus ini.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here