Tak ‘angkut’ lelaki sana sini, tindakan Farah Nabilah kahwin senyap2 dipuji

0
138


Tidak pernah mendengar kisah percintaan Farah Nabilah, tiba-tiba pelakon itu selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya Mohammed Amirul Yunus malam tadi.

Perkara tersebut dipuji ramai netizen yang rata-rata menyifatkan pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu tahu membawa diri dalam industri hiburan tanpa mencetuskan sebarang gosip murahan.

Hanya sekali ‘menayang’ buah hatinya ketika sidang media pada 22 Oktober lalu, tindakan Farah yang pandai menyimpan rahsia selama tujuh tahun bercinta juga mendapat reaksi positif warganet.

Namun ada juga individu membuat perbandingan dengan selebriti lain yang gah melangsungkan majlis pertunangan tetapi tidak kesampaian untuk ke jinjang pelamin.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin menerima RM1,000 sebagai mas kahwin dan wang hantaran sebanyak RM77,777.77 serta tujuh berbalas tujuh dulang.

Sumber : Farah Nabilah





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here