Tak Pernah Merokok, Minum Arak. Badannya Pun Tidak Bertatoo. Ini Alasan CR7

0
774
Christiano Ronaldo CR7

1Tak Pernah Merokok, Minum Arak. Badannya Pun Tidak Bertatoo. Ini Alasan CR7

Suka atau tidak, anda harus mengakui bahawa Cristiano Ronaldo adalah seorang yang sangat bekerja keras dan merupakan antara pemain terhebat dalam sejarah bola sepak.

Tunggak Portugal ini adalah penanda aras bagi pemain muda akan datang, hasil dedikasi yang dahsayat yang ditunjukkan beliau terhadap kerjayanya.

Selain daripada menjadi yang terbaik di antara yang terbaik, CR7 juga merupakan pemain paling popular di dunia.

Majoriti pemain bola sepak antarabangsa menghias badan mereka dengan tatoo namun perkara ini tidak dibuat oleh cristiano ronaldo.

Bintang real madrid dengan julukan cr7 ini menyatakan pantang larang dalam hidupnya terhadap tatoo, alkohol dan juga rokok.

Dipetik dari bermacam sumber, sebab kenapa ronaldo tidak menconteng badannya dengan tatoo cukup mengharukan. beliau mengabaikan tatoo demi untuk terus selalu menderma darahnya kepada yang memerlukan.

Di luar negara, tatoo mempengaruhi seberapa kerap seorang boleh menyumbang darah, dengan tempoh masa terpaksa menunggu antara 6 bulan hal ini amat merugikan bagi Ronaldo kerana beliau ikhlas ingin membantu mereka yang memerlukan

“saya tidak memiliki tatoo kerana saya mahu kerap menderma darah, ” kata ronaldo kepada diretta news.

Dalam masa yang sama, setelah dilihat di ruangan media sosialnya khabarnya, ronaldo menderma darahnya 2 kali dalam setahun.

Back

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here