Tak sempat bertemu keluarga, pelukis ‘storyboard’ Upin Ipin maut kemalangan

0
4508


Animasi Upin dan Ipin merupakan satu animasi yang telah menjadi identiti Tanah Air kita. Terkenal sehingga ke luar negara, Upin dan Ipin berjaya mengetengahkan budaya serta keunikan Malaysia di mata dunia.

Kejayaan syarikat Les’ Copaque itu pastinya atas hasil usaha semua pihak terutamanya mereka yang bertugas disebalik animasi itu.

Namun begitu, pada 20 Jun 2020, pihak syarikat tersebut telah memaklumkan bahawa salah seorang pelukis papan cerita untuk animasi Upin Ipin telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya.

Dalam Facebook seorang rakan allahyarham Fairul Haida binti Abdul Rahim telah memaklumkan bahawa Fairul sedang dalam perjalanan menuju ke  utara berdasarkan status yang dimuat naik arwah di Facebooknya.

Menurut rakannya lagi, Fairul sedang dalam perjalanan untuk bertemu keluarganya  di kampung dan hasrat tersebut tidak kesampaian apabila dia kemalangan semasa dalam perjalanan memandu kereta seorang diri.

Sehubungan dengan perkhabaran duka yang dibuat oleh Les’ Copaque itu, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa sedih diatas kehilangan insan penting disebalik jalan cerita Upin Ipin.

Mereka yang nyata sebak turut mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh mangsa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Les’ Copaque, Facebook

 

 

 





Source link