Tak sempat timang anak sulung, suami & isteri sarat hamil maut kemalangan dalam perjalanan ke appoinment doktor

0
5785

Di Alor Gajah, sepasang suami isteri yang menaiki motorsikal telah maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang, kira-kira pukul 7.40 pagi tadi.

Menerusi laporan berita, mangsa Nur Ain Kamarulzaman, 25, yang membonceng motosikal ditunggang suami, Mohd Hairawi Mat Rezam, 36, terbunuh apabila motosikal mereka dilanggar kereta Perodua MyVi.

Lebih menyedihkan, Nur Ain dimaklumkan sedang hamil tujuh bulan, sebenarnya dalam perjalanan ke dari Taman Rakyat Kuala Ina, Tampin ke Hospital Melaka untuk menghadiri janji temu dengan pakar perubatan di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata, kenderaan pemandu Myvi, dimilik seorang lelaki berusia 34 tahun dipercayai hilang kawalan.

Disebabkan itu, kenderaannya berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri tersebut.

Akibatnya, suami isteri tersebut tercampak beberapa meter dari motosikal dan Mohd Hairawi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Nur Ain yang ketika itu masih hidup segera dikejarkan ke Hospital Tampin. Namun, dia dan kandungannya disahkan meninggal ketika dirawat di hospital itu kira-kira jam 12 tengah hari.

Difahamkan, bayi yang dikandung Nur Ain merupakan zuriat mereka yang pertama. Malah di Facebook Nur Ain, arwah sempat menukar cover photo di Facebook menggunakan gambar di hari pernikahan mereka.

Siasatan mendapati cuaca ketika kejadian dalam keadaan baik dan punca kejadian dipercayai akibat kegagalan mengawal kenderaan, katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Berita Harian

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here