Tangisan anak, air mata isteri iringi pengebumian Mejar Zahir Armaya

0
2719


Sejak semalam, berita mengenai pemergian Mejar Zahir Armaya yang juga anak kepada pelawak terkenal Tanah Air, AR Badul telah menjadi tajuk utama portal-portal media dan juga akhbar.

Pemergiannya yang berpunca daripada tertembak semasa melakukan demonstrasi ketika pertunjukkan di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah benar-benar mengejutkan seluruh keluarga dan teman rapat.

Allahyarham telah dilaporkan meninggal dunia kira-kira 9.20 pagi semalam di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan jenazahnya telah dibawa ke Tambun, Perak pada jam 2.43 pagi tadi untuk dikebumikan selepas subuh.

Suasana sayu dan tenang telah mengiringi jenazah allahyarham yang disemadikan dengan penghormatan daripada anggota tentera.

Menerusi Utusan Online, jenazah allahyarham telah pun selamat disemadikan sebentar tadi dalam diiringi hujan renyai di Tanah Perkuburan Tambun, Ipoh.

Pengebumian Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya di Tambun, Ipoh

Posted by Utusan Online on Wednesday, September 4, 2019

Menerusi rakaman secara siaran langsung itu juga turut kelihatan isteri serta bapa kepada Mejar Zahir iaitu AR Badul. Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber  : Utusan Online

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here