“Terima kasih Harimau Malaya!” – Ucapan tahniah Malaysia untuk pasukan bola sepak Malaysia

0
708


Semalam sejarah berulang apabila Harimau Malaya mengaum di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta dan menang dengan penuh bergaya sekaligus mengharumkan nama negara kita.

Ucapan tahniah membanjiri laman Twitter yang bangga dengan pencapaian skuad negara itu walaupun tuan rumah meledak gol pendahuluan dalam pusingan kelayakan piala dunia dan piala Asia itu.

Penyokong bola sepak tanah air yang dikenali sebagai Ultras Malaya yang sanggup turun padang memberikan sokongan bersama-sama kepada skuad Harimau Malaya yang bermain di padang tuan rumah, Garuda.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah pemain skuad bola sepak negara kita yang bertungkus-lumus memastikan dapat menjaringkan gol di Jakarta semalam.

Keputusan perlawanan semalam telah memihak kepada skuad negara kita yang sememangnya diharapkan oleh skuad negara dan rakyat Malaysia.

Pencapaian yang membanggakan itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah bekas Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya dengan tanda pagar Harimau Malaya dan Harimau Malaysia sendiri.

Semoga kejayaan ini akan diikuti dengan lebih banyak kejayaan pada masa akan datang serta semoga skuad bola sepak negara ini akan terus mengharumkan nama Malaysia.

Sumber : Twitter

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here